Atuk 70 Tahun Yang Juga Pesakit Hospital Terjun Dari Tingkat 10 Tapi Tersangkut Di Tingkat 3

Seorang lelaki warga emas maut selepas nekad terjun dari tingkat 10 bangunan Hospital Shah Alam dalam satu kejadian awal pagi tadi.


Mangsa berusia lingkungan 70 tahun yang juga pesakit hospital itu ditemui terbaring di atas bumbung di tingkat tiga bangunan itu kira-kira pukul 6.50 pagi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata,  sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.59 pagi.

“Berdasarkan maklumat saksi didapati mangsa telah terjun dari tingkat 10 bangunan berkenaan sebelum tersangkut pada bumbung di tingkat tiga.

“Anggota bomba kemudiannya telah melakukan pemeriksaan di atas bumbung sebelum menurunkan mangsa yang kemudiannya disahkan meninggal dunia  di lokasi kejadian oleh pihak hospital,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hafisham menjelaskan, mayat warga emas itu telah diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE