Baca Ini, Mungkin Whatspps Anda Tidak Boleh Buka Lagi Gara-Gara Anda Pakai Handfone Ini

WHATSAPP, aplikasi komunikasi popular dunia akan bermula sekatan terhadap pengguna beberapa model telefon pintar pada tahun depan.

Perkara ini telah diumumkan WhatsApp pada laman sokongan syarikat itu, sambil mendesak pengguna yang ingin menikmati perkhidmatan aplikasi itu supaya menukar versi telefon pintar mereka kepada versi yang lebih canggih.

Menurut syarikat itu, tujuan sekatan ini dilakukan adalah kerana mereka ingin lebih fokus kepada memperbaiki fungsi dan ciri-ciri aplikasi tersebut terhadap telefon terkini dan bukan yang sudah kuno.

Antara telefon pintar yang akan mengalami sekatan ini termasuk semua telefon dengan operasi Windows, bermula 31 Disember 2019 – seiring dengan langkah MIcrosoft menghentikan sokongan kepada sistem operasi Windows 10 Mobile.

Pengguna iPhone dan Android juga tidak dapat mengelak daripada sekatan penggunaan aplikasi WhatsApp kerana iOS 7 kebawah bagi iPhone serta Android 2.3.7 kebawah turut akan disekat bermula 1 Februari 2020.

Antara telefon lain yang telah disekat penggunaan Whatsapp adalah BlackBerry OS dan BlackBerry 10 pada 31 Disember 2017, Nokia S40 pada 31 Disember 2018 serta Nokia Symbian S60 pada 30 Jun 2017.