Berani Menjual Semua Menunya RM1 Semangkuk, Berdasarkan Kisah Kehidupannya, Inilah Jawapan Lelaki Ini. Jangan Lupa Sokong!

Pada masa kini, kos sara hidup yang semakin tinggi membuatkan kita jarang berjumpa dengan peniaga yang menjual makanan dengan harga murah.


Namun berbeza dengan peniaga di Kampung Delima, Tumpat ini yang masih mampu menjual menu makanan dengan harga luar biasa murah.

Itu dilakukan Zailani Ismail yang menjual mi, bihun, kuetiau sup dan bubur nasi dengan harga RM1 semangkuk.

“Saya membuka perniagaan kedai makan sejak 20 tahun lalu, tapi sejak menghidap kencing manis beberapa tahun dahulu menyebabkan kedua-dua mata menjadi buta, kedai ini boleh dianggap hidup segan mati tak mahu.

“Selepas menjalani pembedahan, penglihatan saya pulih namun diuji pula dengan penyakit buah pinggang tahap lima sejak tiga tahun lalu yang merosakkan kedua-dua buah pinggang dan saya kerap keluar masuk wad.

“Bermula dari itu pendapatan saya menjadi tidak menentu kerana perniagaan terjejas teruk dan saya pula perlu menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu,” katanya.

Selepas menghidap pelbagai jenis penyakit, perniagaan yang diberi nama Kedai Mak Aji Stesen Kampung Delima itu jatuh merundum namun anak sulungnya mencadangkan menjual makanan dengan harga tersebut.

Nyaris berputus asa dek kerana tidak berhasil kerana mempraktikkan konsep itu, anaknya bercadang membuat iklan menerusi laman sosial yang tular dan orang ramai membanjiri restoran tersebut.

“Setiap hari secara puratanya saya mampu memperoleh RM100 hingga RM200 keuntungan kerana turut menyediakan menu masakan panas lain dengan harga berpatutan,

“…tapi walaupun jumlah untung itu kecil, apa yang penting bagi kami adalah keberkatan,” ujarnya.

Sumber : Harian Metro