Tak Sempat Berteduh, Warga Emas Mengesot Tengah Jalan Lari Dari Hujan Lebat Cetus Rasa Hiba

Umum sedia tahu bahawa sekarang merupakan musim hujan hampir diseluruh Malaysia. Hujan lebat pada sebelah petang kadang-kala menghadirkan banjir kilat dibeberapa kawasan rendah.

Bukan sahaja menghadkan pergerakkan, malahan cuaca yang kurang elok ini membuatkan ramai yang gusar hati kerana menghadapi sedikit kesulitan untuk bergerak.

Walau bagaimanapun, satu video telah tular dengan memperlihatkan seorang warga emas yang tidak boleh berjalan terpaksa mengensot di jalanan ketika hujan lebat kerana ingin bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Video yang berdurasi 49 saat ini jelas memperlihatkan seorang warga emas mengesot melintas jalan sebelum dibantu oleh dua orang pengguna jalan raya yang bertindak memayunginya.

Situasi tersebut benar-benar sebak dan menghibakan kerana kesukaran warga emas itu bergerak untuk mencari tempat berlindung semasa hari hujan.

Sehubungan dengan itu, menerusi ruangan komen, rata-rata warganet berasa cukup simpati dengan keadaan warga emas tersebut.

Bukan itu sahaja mereka juga menzahirkan rasa sedih dan sebak apabila melihat lelaki itu mengensot didalam hujan lebat menuju ke tempat berbumbung .

Sumber : Viral Malaysia

Artikel Berkaitan   Dihalau Bapa Tiri, Ibu Pula Buangnya, Kanak-Kanak Malang Sayu Sambil Bawa Plastik Pakaian, Patung Mainan Dan Sekeping Surat