Jom Belajar Buat Kulit Tart, Tak Susah Mana Pun & Boleh Buat Niaga Juga!

Nak buat inti cheese tart, blueberry tart, fruit tart dan sebagainya memang senang. Yang renyah sikit bila nak buat kulit tart tu. Sebab itu ramai penjual tart membeli kulit tart yang sudah siap di kedai. Tinggal nak buat inti saja, mudah kerja.

Oleh sebab itu, ramai juga yang sudah mula menjual kulit tart sebagai sumber pendapatan kerana mendapat permintaan yang tinggi.


Kalau anda masih mencari idea untuk niaga, mungkin boleh cuba buat kulit tart ini. Ikut saja caranya yang telah dikongsikan oleh Hlinda di bawah.

CARA BUAT KULIT TART

Bahan-Bahan Kulit Tart:

null
250g marjerin
100g gula kastor
1 biji telur
1 sk esen vanila
500g tepung gandum
Cara-Cara:

1. Satukan marjerin, gula kastor, telur dan esen vanilla. Kacau sehingga sekadar sebati, jangan sampai kembang.

2. Selepas adunan no 1 dah sebati, boleh masukkan tepung gandum. Gaul lagi sehingga sebati. Jika lembik dan melekat pada jari, boleh masukkan sedikit lagi tepung.

3. Bila adunan dah elok, boleh masukkan sedikit adunan dalam acuan untuk bentuk kulit tart.


4. Saya guna acuan saiz 4.5 cm. Alat warna pink tu presser tart, boleh cari di shopee.


5. Bakar dalam oven suhu 170 darjah selama 20 minit. Gunakan api atas bawah. (suhu bergantung pada oven masing-masing)

6. Jika nak tahu kulit tart dah masak atau belum, balikkan acuan. Jika tart tak boleh keluar dari acuan bermakna belum masak. Boleh tambah sedikit masa lagi.


# Adunan ini boleh dapat 110 – 115 pcs

# Kulit tart boleh tahan selama 1 bulan lebih. Tapi jangan sampai berbulan-bulan, nanti rasa tak sedap dan tak fresh.


Selamat mencuba!

Kredit: Hlinda Hlinda Via Myresepi