“Bubur Asyura Tidak Disebut Dalam Al-Quran Dan Bukan Amalan Nabi Muhammad”- Wan Ji

KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Pendakwah Wan Ji Wan Hussin menegaskan hidangan bubur Asyura bukanlah sesuatu yang dituntut agama.

Wan Ji, 38, berkata hidangan berkenaan tidak disebut dalam Al-Quran dan bukan amalan Nabi Muhammad.

“Bubur Asyura tidak ada dalam Al-Quran dan hadith. Maka, ia tidak boleh dianggap perkara agama.

“Bagaimanapun, sesiapa yang hendak buat, itu dibolehkan. Cuma jangan anggap ia amalan nabi dan ada pahala khusus kalau buat.

“Buat bubur Asyura pada 10 Muharam adalah sama macam buat nasi goreng pada 10 Muharram,” coretnya di Facebook.

Bekas ahli jawatankuasa Ulama PAS Selangor mengulas kebiasaan umat Islam di Malaysia menyediakan bubur Asyura pada setiap kali 10 Muharam.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Gara-Gara Hal Ini, Datuk Bandar Umumkan Penjualan Rumah Semurah RM4.90 Bagi Sesiapa Yang Mahu Tinggal Di Pulau Ini