Cara Buat Nasi Arab Yang Mudah Dan Simple, Memang Bertambah Lepas Rasa

  • 2 1/2 cawan beras basmathi ~ cuci dan rendam 1/2 jam
  •  4 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ikut beras masing2
  •  garam secukup rasa
  •  2 sudu minyak sapi
  •  pewarna kuning dan oren

Bahan disangai dan dikisar kering:

  •  1/2 sm jintan manis
  •  1/2 sm jintan putih
  •  1/2 sm bunga cengkih
  •  1/2 sm lada hitam
  •  1/2 sm biji ketumbar
  •  1/2 sm buah pelaga

Bahan untuk ditumis:

  •  1 biji bawang besar ~ dihiris halus
  •  3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
  •  buah pelaga
  •  kayu manis
  •  bunga lawang

Cara Penyediaan :

  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis. Tumis hingga kekuningan.
  2. Masukkan bahan yg dikisar, gaul sebati.
  3. Masukkan beras yg telah ditoskan, goreng sekejap hingga sebati.
  4. Masukkan dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, garam dan masak seperti biasa.
  5. Bila dah kering, letak pewarna di atas nasi, jangan dikacau, nanti nasi hancur.
  6. Bila nak dihidangkan, baru gaul nasi, biar bercampur warna.

Bahan untuk ayam:

  1. 1 ekor ayam ~ saya belah 4, dikelar2 bahagian dada kemudian direbus untuk mendapatkan stok ayam.
  2. garam dan gula secukupnya

Bahan dikisar:

  • 3 in halia
  • 2 biji kunyit hidup ~ guna yg serbuk pun ok
  • 1 sm jintan manis
  • 1 sm jintan putih
  • 2 sm ketumbar
  • 1 sm buah pelaga
  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih

Cara Peneydiaan :

  • Gaul rata bahan dikisar pada ayam. Masukkan garam dan gula. Perap selama 2 – 3 jam ~ lagi lama lagi bagus.
  • Panggang atau bakar ayam hingga masak.

Bahan salad:

  • 1 – 2 biji tomato *
  • 1 batang mentimun*
  • 1 batang lobak merah*
  • 1 biji bawang besar* ~ * didadu
  • lada hijau dihiris
  • garam, gula dan cuka secukupnya

(campur semua bahan, perasakan masin, manis dan masam secukupnya)

Artikel Berkaitan   Cara Bancuh Adunan Lempeng Supaya Hasilnya Gebu Dan Sedap. Sesuai Di Makan Bersahur Ataupun Berbuka.

Bahan air asam:

  • 3 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 1 biji cili hijau
  • 1 biji buah tomato
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit belacan
  • garam dan gula
  • jus limau nipis @ air asam jawa
  • sedikit air masak ~ untuk mesin bahan

(campur semua bahan, mesin hingga halus dan hidangkan)