
Assalamualaikum wbh..
Saya adalah salah seorang penggemar masakan Thai, Tomyam.. Sejak akhir-ahir ini sering di masak di rumah kerana ianya boleh di siapkan cepat dan enak pula…Kalau mood malas tu, masak Tomyam beraneka isi nya dan sayur-sayuran pelbagai, goreng telur dadar sudah memadai bagi saya dan keluarga. Ada waktu malas nak masak beria, nak makan kat luar..nak bersiap bagai…so, masak aje la yang mudah-mudah.
Resepi kali ini memang saya nak katakan boleh naik 2 ibu jari…sedap! mudah!
Tak puas menghirup kuahnya…kalau makan dengan meehoon atau mee basah pun sedap…apa lagi dengan nasi panas…dia saja pun dah cukup…
TOMYAM SANTAN
BAHAN-BAHAN
- 600 gm ayam(saya guna isi ayam)
- 6 batang serai
- 15-20 tangkai cili padi
- 1/2 biji kelapa(diambil 2 mangkuk santan)
- 6 helai daun limau purut
- 3 biji tomato
- 1 labu bawang besar
- 2 peket cendawan tiram
- 2 tangkai daun bawang
- secekak daun ketumbar
- 1 inci lengkuas
- 1 inci halia
- 2 kiub tomyam
- 3 tsb paste cili (mae phranom)
- 2 tbsp sos nampla
- 1 biji limau nipis besar(perah airnya)
CARA MEMASAK:-
- Potong isi ayam nipis-nipis. Serai di potong menyerong kasar. Hiris kasar halia , lengkuas dan bawang besar.Potong wedges tomato.
- Siat-siat kasar cendawan tiram dan daun limau purut. Ketuk sedikit cili padi.(saya letak banyak cili padi kerana santan membuatkan ianya kurang pedas)))
- Masukkan santan kedalam periuk besar bersama serai, lengkuas dan halia. Didihkan sambil si kacau. Masukkan pula cili paste, sos nampla/ikan dan kiub tomyam.
- Masukkan pula ayam,masak lagi sehingga separuh masak. Masukkan cendawan, daun bawang, daun ketumbar(perlu ada) dan daun limau purut serta cili padi.
- Masukkan sedikit gula, air limau nipis, bawang besar dan tomato. Didih kan sebentar saja dan boleh di angkat…