Cara Masak Sotong Cili Padi Yang Tidak Terlalu Pedas, Boleh Tentukan Sendiri

  • 200 gm sotong putih – dibersihkan & di potong
  •  8 biji bawang merah – ditumbuk
  •  4 ulas bawang putih – ditumbuk
  •  10 biji cili padi – diketuk
  •  1 biji cili merah – dihiris menyerong
  •  1 biji bawang besar – dimayang
  •  2 batang kacang panjang – dipotong menyerong
  •  Garam dan gula secukup rasa
  •  Minyak untuk menumis secukupnya
  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali.
  2. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
  3. Selepas itu masukkan sotong dan kacau seketika.
  4. Masukkan kacang panjang, cili padi,cili merah,bawang besar yg dimayang.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul lagi sehingga rata.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.