
“Rupanya begini cara cuci minyak masak hitam. Padahal baru satu kali guna, sayang nak buang!”
Biasanya kalau selepas guna minyak masak untuk menggoreng, kita akan buang minyak itu kerana minyak sudah dipenuhi dengan sisa tepung dan sebagainya.
Rupanya ada cara mudah untuk ‘cuci’ minyak tersebut supaya boleh digunakan semula. Lagi-lagi kalau baru guna sekali saja, sayang nak buang minyak tu.
Seorang pengguna laman sosial TikTok, Richard ada berkongsikan cara mudah untuk bersihkan minyak tersebut. Jom lihat caranya di bawah.
Cara Cuci Minyak Masak Hitam
Dalam video tersebut, Richard ada mengajarkan cara mudah untuk membersihkan minyak goreng. Sayang nak buang, lagi-lagi kalau baru guna sekali saja.
Caranya mudah, anda hanya perlu menggunakan dua bahan ini saja iaitu:
- 100gm tepung jagung
- 150ml air
Campur tepung jagung dengan air dan kacau sebati. Kemudian masukkan adunan tepung jagung tadi ke dalam minyak panas, kemudian baru tutup api.
Biarkan selama 15 minit, kemudian dah boleh angkat campuran tepung jagung tadi. Hasilnya, ia telah menyerap semua sisa kotoran dalam minyak.
Lagi kotor minyak itu, lagi gelaplah warna campuran tepung itu. Tengok hasilnya, dah bersih berkilat. Minyak macam baru beli.
Jadi, selepas ini jangan buang minyak tu ya. Ikut saja cara ni, jimat! Jom lihat video penuh di bawah.
Sumber: @richard_is_cooking