Resipi Bubur Nasi Berlauk Paling Mudah

Sebut sahaja bubur nasi berlauk, dah terbayang keenakannya yang lazimnya digandingkan dengan sambal ketuk dan kangkung goreng belacan. Di samping lobak masin, kacang dan ikan bilis goreng, serta telur masin.


Kadang-kadang ada nasi lebihan di rumah, boleh saja transform jadi bubur nasi. Biarkan sahaja dalam periuk nasi elektrik, tambahkan air dan biarkan masak hingga menjadi bubur. Mudah, kan?

Nampak sahaja menu ini simple, namun tak terhitung kelazatannya saat menikmatinya. Menu ini sangat digemari tanpa mengira peringkat umur. Selain lauk-pauk di atas, boleh saja buat atau tambah lauk lain seperti sambal paru, sambal sotong ataupun sambal daging. Memang layan habis.

Kali ini, Idawati Ibrahim berkongsi resipi Bubur Berlauk yang sangat sedap. Selamat mencuba.

(BUBUR NASI)

BAHAN-BAHAN:

Beras

Air

CARA MEMASAK:

Masak beras dengan paras air yang lebih sedikit daripada masak nasi biasa. Tak perlu tambah garam kerana akan dimakan dengan lauk yang telah ada rasa masin.

Jika memasak menggunakan periuk tekanan, boleh setkan masa antara 25 hingga 30 minit.

(SAMBAL KETUK)

BAHAN-BAHAN:

Bawang goreng

Ikan bilis

Cili padi

CARA MEMASAK:

Kesemua bahan di atas digoreng terlebih dahulu. Tak perlu garing.

Setelah sejuk, kisarkan dan letakkan serbuk perasa. Kisarkan menggunakan pengisar kering ataupun boleh ditumbuk menggunakan lesung batu.

(KANGKUNG GORENG BELACAN)

BAHAN-BAHAN:

Kangkung

Bawang besar

Bawang putih

Cili merah

Ikan bilis atau udang kering

Belacan

CARA MEMASAK:

Kisarkan kesemua bahan di atas dan tumis di dalam minyak yang panas.

Kemudian, letakkan sos tiram. Setelah itu, bolehlah masukkan kangkung yang telah dipotong serta serbuk perasa.

Rasakan dulu, tambahkan garam jika perlu kerana sos tiram telah sedia masin.

(LOBAK MASIN)

BAHAN-BAHAN:

Lobak masin

Bawang kecil

Bawang besar

Cili padi

Serbuk perasa

Perahan air limau

CARA MEMASAK:

Gunakan lobak masin seperti di dalam gambar. Cuci bersih dan toskan.

Kemudian, potong kecil bawang kecil, bawang besar dan cili padi.

Campurkan sekali ke dalam lobak masin yang telah ditoskan tadi.

Letakkan serbuk perasa dan campurkan perahan air limau nipis.

Gaulkan sebati. Siap.

(KACANG & IKAN BILIS GORENG)

BAHAN-BAHAN:

Kacang tanah

Ikan bilis

Minyak (untuk menggoreng)

CARA MEMASAK:

Panaskan mnyak dan gorengkan kacang tanah. Kemudian, gorengkan ikan bilis menggunakan minyak yang sama.

(TELUR MASIN)

BAHAN-BAHAN:

Telur masin

Air

CARA MEMASAK:

Cuci bersih telur masin dan rebuskan sehingga masak. Kemudian, belah dua.

Dah siap, bolehlah dihidangkan begini.

Selamat mencuba.

Kredit: Idawati Ibrahim