“Doctor Betul Ke Kalau Mulut Kerap Berbau Maknanya Ada Penyakit?” Ini Jawapan Doctor Yang Sangat Menenangkan

“Assalamualaikum Dr, saya ada anak berumur 4 tahun, nafas die berbau. Dia tiada masalah gigi. Gigi anak saya cantik dan dia gemar menggosok gigi. Saya perasaan nafas die berbau sudah lama. Apakah punca yang menyebabkan masalah ini? Macam mana cara untuk atasi doktor? Nanti bila sudah bersekolah mesti dia malu dgn kawan-kawannya. Terima kasih doktor”


Walaikumusalam.

Pernafasan berbau busuk boleh berpunca dari mulut atau pernafasan seseorang. Selalunya ia disebabkan aktiviti pembiakan bakteria dalam mulut dan hidung yang menghasilkan komponen asid dan sulfur.

Kebanyakan bakteria ini bersifat hiduptanpa oksigen dan hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti dalam hidung, celah-celah gigi, gusi, lidah dan di celah-celah gigi palsu.

Pembiakan bakteria ini berlaku di kalangan:

  1. Perokok
  2. Penggunaan gigi palsu
  3. Pesakit mengalami masalah gigi dan gusi
  4. Pesakit yang mengallami masalah sinus yang kronik
  5. Pembengkakkan tonsil atau adenoids
  6. Jangkitan candidiasis dalam mulut dan lidah
  7. Penyakit diabetis yang tidak terkawal
  8. Penyakit kegagalan fungsi organ hati
  9. Penyakit kegagalan fungsi organ ginjal
  10. Pengambilan ubat-ubatan seperti antihistamin, decongestants , antidepression, antipsychotic dan lain-lain yang boleh mengakibatkan pengurangan pengeluaran air liur atau menyebabkan mulut kering

Nasihat saya:

  1. Membersihkan gigi dan mulut dua atau tiga kali setiap hari
  2. Membersihkan lidah setiap hari terutama pada rekahan dan pada bahagian belakang lidah. Boleh menggunakan

berus gigi yang lembut untuk memberus lidah anda secara perlahan-lahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih.

  1. Minumlah air sekerap yang boleh sepanjang hari.

Bagi mereka yang mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau mereka yang selalu bercakap, cara ini paling bagus untuk memastikan mulut anda sentiasa berair.

  1. Elakkan penggunaan pencuci mulut yang mempunyai alkohol.

Pencuci mulut seperti ini menyebabkan kekeringan di dalam mulut akhirnya menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan mulut berbau. Jika hendak menggunakan ubat kumur, pastikan ia tidak mengandungi alkohol.

  1. Mengunyah gula getah tanpa gula

Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan dirangsang.

  1. Memeriksa gigi

Penyakit gusi disebabkan jangkitan kuman pada gusi. Ia sentiasa mengeluarkan bau busuk dari mulut. Berjumpalah dengan doktor gigi untuk pemeriksaan secara berkala sekurang kurangnya setahun sekali

Semoga bermanfaat.