“Dulu Aku Suka Sangat Post Gambar, Tiba-Tiba Rasa Pelik, Bibik Ada Bagitau Tapi Aku Tak Percaya, Sampai Muncul Banyak Merah..”

Menerusi perkongsian dari laman Twitter @vouzdielyez, beliau menceritakan pengalaman pernah menghidap penyakit misteri yang didakwa sebagai ‘penyakit ain’.


Menurut perkongsian itu, gadis berkenaan pada mulanya tidak mengetahui diserang penyakit ain sehinggalah ia dibongkarkan oleh orang gajinya yang merupakan warga negara Indonesia.

Beliau pada mulanya tidak percaya akan perkara berkenaan sehinggalah seluruh badannya mula naik ruam dan meninggalkan kesan parut kekal.

Menerusi ruangan komen, pengguna Twitter Asaad Azali juga menambah bahawa penyakit Ain ini boleh terjadi sama ada dua perkara, iaitu pandangan penuh kebencian, atau pandangan yang melebihi.

Sifat hasad dengki yang wujud dalam diri manusia hanya diketahui oleh Allah SWT. Adalah dinasihatkan agar kita lebih berhati-hati dengan orang disekeliling.

Sumber: Vouzdiel.