Tandas mungkin menjadi antara ‘port’ yang akan digunakan oleh pekerja mahupun pelajar untuk membuang masa atau dalam bahasa lainnya ‘mencuri tulang’.
Disebabkan itu, sebuah syarikat di UK telah memperkenalkan rekaan baru tandas jenis duduk yang dikenali sebagai “StandardToilet”.
Rekaan tandas ini mungkin nampak sama seperti tandas biasa, namun ia sebenarnya mempunyai kecerunan kira-kira 13 darjah kebawah, yang akan menyebabkan pengguna merasa sakit dan tidak selesa jika digunakan lebih daripada 5 minit.
Malah, pencipta tandas ini juga menambah, rekaan itu tidak akan mendatangkan sebarang masalah seperti penyakit pada usus atau lain-lain penyakit melibatkan sistem penghadaman. Jadi ia adalah selamat untuk digunakan oleh semua orang.
Walaubagaimana pun, rekaan tandas ini mendapat reaksi kurang senang daripada warganet yang mendakwa ia tidak adil untuk seseorang itu memang perlu duduk lebih lama di tandas kerana mengalami masalah penghadaman.
this is violence against the disabled and anyone with IBS
— Rev. Poppy Haze (@poppy_haze) December 17, 2019
Surely the raise in productivity will correspond with a raise in wages right?
Ahahaha just kidding you just hate working people.
— Þora Ðe Narwhal (@WhaleHorned) December 17, 2019
Just put your legs out in front of you and put the weight in your heels. Problem solved.
But I gotta wonder about ADA compliance
— 🇼˗ˏˋuıʍʇʎdəəɹɔˎˊ˗👑King of the Reply Guys🗨️🐦☃️ (@creeptwin) December 17, 2019
Maybe give us actual breaks and we wouldn't hide in the bathroom
— big communism builder (@imabigfatdynamo) December 17, 2019
Sumber: BBC News