Gara-Gara Ketagih Gigit Kuku, Wanita Ini Alami Jangkitan Jari Disebabkan Hal Ini. Lebih Menyedihkan Ia Merebak Ke Gigi Pula

Ramai antara kita gemar untuk menggigit kuku sehinggakan ia menjadi tabiat sehingga meningkat dewasa.

Namun, seorang wanita di Facebook, Karen Peat, menyeru agar orang ramai meninggalkan tabiat ini kerana rakannya dilaporkan mengalami jangkitan teruk di jari sehingga merebak ke kawasan lengan.

Disebabkan itu, rakannya terpaksa dimasukkan ke wad pembedahan kecemasan kerana dikhuatiri akan menjadi lebih teruk.

Menurut Akademi Dermatologi Amerika, jangkitan boleh terjadi disebabkan bakteria, yis dan mikroorganisma masuk melalui air liur ke dalam kulit.

Selain jangkitan, masalah lain juga boleh terjadi seperti gigi beralih dari kedudukan dan juga rosak akibat daripada tabiat menggigit kuku.

Sumber: The Sun

Artikel Berkaitan   Siang Mengemis Merintih-Rintih, Malam “Dinner” Di Hotel 5 Bintang. Jurugambar Kantoikan Aktiviti Pengemis