“Masyallah Hebat Ustaz Ebit Lew” Sambut Tahun Baru Cina Bersama Keluarga, Ustaz Ebit Lew Dipuji Netizen

Sambutan Tahun Baru Cina di Malaysia sememangnya meriah. Lebih-lebih lagi jika mempunyai keluarga besar dan saling pulang ke rumah orang tua untuk berkumpul dan berjumpa bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim.

Disebabkan masyarakat yang majmuk di negara ini, tidak hairan langsung jika ada dalam kalangan mereka sudahpun berkahwin dengan pasangan berbangsa lain dan sudahpun menukar agama.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut bukanlah masalah bagi sesetengah pihak kerana ia langsung tidak memutuskan perhubungan sebagai sebuah keluarga.

Hal tersebut samalah seperti yang dilakukan oleh pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew yang  sama-sama berkumpul dengan saudara-mara pada sambutan Tahun Baru Cina keluarganya tempoh hari.

Artikel Berkaitan   “Tahniah Fouziah Gaus!” Wanita Muda Ini Menang Anugerah Usahawan Muda Berjaya