Gara-Gara Sering Mengulangkaji Pelajaran Untuk Peperiksaan, Otak Budak 13 Tahun Ini Hampir Rosak

Seorang budak lelaki berusia 13 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital di daerah Hunan selepas mengalami tekanan belajar tanpa henti sehingga menyebabkan sebahagian daripada otaknya rosak.

Menurut laporan, budak lelaki ini sering berjaga tengah malam setiap hari untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan yang akan datang.
Namun, pada keesokkan pagi ibu dan bapanya menemui budak lelaki ini dalam keadaan pelik dan sering berkata, “Chong, mari sini makan ayam..”, walaupun ketika itu dia bersendirian.

Ibu dan bapanya segera membawa anaknya ini ke sebuah hospital untuk pemeriksaan rapi. Doktor yang merawatnya mengesahkan remaja ini menghidapi penyakit pada bahagian otak yang dikenali sebagai Severe Anti-NMDA Receptor Encephalitis.

Penyakit ini merupakan salah satu daripada kecederaan pada bahagian otak yang terjadi apabila tubuh badan menghasilkan antibody yang menyerang sel sihat pada otak. Kes yang jarang berlaku ini boleh terjadi akibat daripada tekanan pada diri. Kesannya, pesakit akan mengalami demam, kelesuan dan seterusnya halusinasi.

Artikel Berkaitan   “Rosmah Mansor Terdiam Bila Pengarah Urusan Jepak Holdings Tawarkan Kepadanya 10% Dari RM1.25 Bilion Projek”