Tak Pernah Ambil Upah Sesen Pun, Sekumpulan Wanita Bantu Jaga Kenderaan Para Lelaki Masa Solat Jumaat

Setiap hari Jumaat, setiap lelaki Muslim diwajibkan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Jadi, sudah pastinya para jemaah lelaki tidak kira usia akan berkumpul di masjid.

Oleh sebab itu, suasana perkarangan rumah ibadat tersebut sudah tentu lengang dan hanya ada kenderaan yang diparkir sahaja. Perkara tersebut sedikit sebanyak mengundang anasir jahat seperti kes kecurian di kawasan itu.

Oleh hal yang demikian, menerusi Berita Harian, beberapa orang sukarelawan wanita telah mengambil tugasan berkawal diperkarangan masjid Masjid Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu harus dipuji.

Menurut salah seorang daripada sukarelawan wanita tersebut, mereka mengakui bahawa sejak mereka mula berkawal sekitar Ogos tahun lalu, kes-kes seperti kes kecurian sudah tidak ada lagi.

Selain menjaga keselamatan, mereka juga turut memantau pergerakkan remaja-remaja yang ponteng solat dengan menasihati mereka mendengar khutbah Jumaat di dalam masjid.

“Paling diberi perhatian ialah motosikal yang di parkir di hadapan masjid selain mengawal lalu lintas di hadapan masjid supaya lancar,” 

“Biasa kami akan nasihatkan remaja yang melepak di sekitar masjid supaya mendengar khutbah dan menunaikan solat Jumaat.”

Tambahnya lagi, mereka melakukan kawalan semasa Solat Jumaat adalah secara sukarela tanpa sebarang upah ataupun imbuhan.

Mereka turut mengakui bahawa tindakan yang diambil ini mendapat pujian serta disarankan agar meneruskan aktiviti positif itu.

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat, rata-rata warganet telah memuji usaha yang diambil oleh sukarelawan wanita tersebut yang melakukan kebaikkan dengan memberi bantuan keselamatan harta benda kepada jemaah lelaki.

Sumber : Berita HarianOMM