Jangan Beli Sos Ini, Risiko Letupan Sekiranya Anda Pengemarnya, Penguatkuasa Sudah Beri Amaran

Walaupun tidak popular dinegara ini, jenama sos cili Sriracha cukup popular di Singapura, Australia dan New Zealand. Dinegara ini, ada juga sesetengah restoran dan kedai makan yang menggunakannya kerana mendapat permintaan.

Walaubagaimana pun, Singapore Food Agency (SFA) telah memanggil semula jenama sos cili ini daripada dalam pasaran kerana bimbang risiko meletup. Agensi berkenaan telah mengeluarkan satu kenyataan media, sama seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Food Standards Australia New Zealand (FSANZ).

Menurut agensi terbabit, sos cili yang berasal dari Amerika Syarikat didapati mempunyai risiko pembentukan asid laktik dalamnya yang membuatkan botol menjadi kembung seterusnya meletup ketika pengguna membuka botol berkenaan.

Namun hanya botol bersaiz 17oz dan 28oz yang tertulis ‘Best Before Mar 2021’ sahaja didapati terjejas.

Artikel Berkaitan   'Dia cekak pinggang gais...' - Nak rakam moment memanggang, terakam kelibat pontianak