Jangan Pandang Remeh Rasa Pening, Kebas Dan Tidak Mampu Mengimbangkan Badan

Pernah dengar penyakit Multiple Sclerosis (MS)?

Saya ada seorang pesakit 30an yang kerap mengadu pening dan lemah saraf. Bukan dia tak mampu memegang dengan kuat, tetapi deria rasa pegangan tangannya sangat lemah.

Bila memegang barang dia akan terlepas sebab dia tidak merasa apa yang dia pegang. Tetapi apabila disuruh menggenggam, beliau dapat menggenggam dengan kuat.

MS adalah masalah autoimmune yang kronik yang menyebabkan keradangan pada sistem saraf utama (otak). Sistem pertahanan tubuh menyerang tubuh terutama pada sarung saraf (myelin sheath) menyebabkan keradangan pada saraf akhirnya membentuk parut yang dikenali sebagai sclerosis.

Parut pada saraf ini menghalang pengaliran isyarat dari tangan kepada otak terganggu. Jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan otak menjadi lemah dan tubuh tidak boleh berfungsi dengan baik.

Multiple Sclerosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Di Malaysia bilangan pesakit tidak ramai dan kebanyakannya berbangsa Melayu (59.4%), diikuti bangsa Indian (20.5%), dan bangsa Cina (16.6%) dan Orang Asli (3.5%). Kebanyakan pesakit adalah wanita, berusia antara 19 hingga 40 tahun.

Oleh itu bagi mereka yang kerap pening, rasa kebas dan tidak dapat mengimbangi tubuh, saya mencadangkan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh.

Pmeriksaan darah dan MRI otak mungkin dapat membantu mengesan penyakit ini.

Semoga bermanfaat.

Artikel Berkaitan   Ibubapa Sila ALERT! Anak Demam Lepas Mandi Kolam? Doktor Dedah Puncanya Yang Ramai TAK TAHU