“Kenapa Dari Awal Tak Cerita Hal Sebenar, Anak Aku Kena Pukul Sampai Patah, Ustaz Dengan Murid Menipu Kata Jatuh Tangga”

Kes buli dalam kalangan pelajar sangat membimbangkan, perkara inilah yang menjadi mimpi ngeri kepada ibu bapa apabila anak-anak disakiti sehingga menyebabkan kecederaan.


Itulah yang terjadi kepada seorang pelajar tahfiz, apabila bapanya menerusi laman Facebook dengan nama akaun, Syamsul Hasyim meluahkan rasa kesal terhadap apa yang berlaku kepada anaknya.

Menurut bapa ini, pada awalnya tidak mahu menghebohkan kes tersebut kerana berharap agar pihak tahfiz bertanggungjawab, namun lama menunggu masih lagi tiada tindakan yang diambil.

Apa yang membuatkan bapa itu kesal, ketika mendapat tahu anaknya cedera, pihak tahfiz memberitahu bahawa anaknya jatuh tangga. Tetapi hasil rakaman kamera tertutup menunjukkan anaknya dipukul oleh seorang pelajar berbadan gempal.

Anak kepada lelaki itu mengalami kecederaan di kaki, tetapi pihak tahfiz masih mendiamkan diri sebelum lelaki itu mendesak barulah mereka menceritakan perkara sebenar.

Harapan bapa mahukan anak menjadi Al-Hafiz dan mempunyai peribadi yang mulia, sayang sekali apa yang diharap malah sebaliknya, apabila anaknya diperlakukan secara tidak adil.

Sumber : Syamsul Hasyim