Pasaraya Tiba-Tiba Kecoh Dengan Jeritan Seorang Bayi Yang Tersepit, Jari Kelengkeng Kelihatan Seperti Membengkok.

Seorang bayi lelaki berusia setahun empat bulan menahan kesakitan hampir 30 minit apabila tangan kirinya tersepit di eskalator sebuah pusat beli-belah di Jalan Hamzah di sini semalam.

Kejadian berlaku pada jam 6.35 petang itu menyebabkan bayi berkenaan meraung kesakitan apabila tangan kirinya sehingga ke bahagian pergelangan tersepit di bawah pemegang eskalator yang sedang bergerak.

Seorang saksi, Nurul Huda Abdul Yazid, 23, berkata, kejadian disedari berlaku apabila terdengar jeritan daripada pengunjung pasar raya yang ketika itu sedang menuruni eskalator tersebut dan melihat tangan bayi tersepit.

“Saya ketika itu berada berhampiran eskalator terkejut lalu berlari ke arah mangsa untuk membantu, namun tangan kecilnya tersepit dengan kuat sehingga jari kelengkeng kelihatan seperti membengkok.

“Nasib baik seorang pengunjung menekan butang berhenti kecemasan pada bahagian bawah tangga berkenaan.

“Orang ramai mengerumuni mangsa untuk membantu namun tidak berjaya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Seorang bayi menanggung kesakitan hampir 30 minit apabila tangannya tersepit pada bahagian bawah eskalator yang sedang bergerak.
Seorang bayi menanggung kesakitan hampir 30 minit apabila tangannya tersepit pada bahagian bawah eskalator yang sedang bergerak.

Katanya, pasukan penyelenggaraan pasar raya kemudian membantu mengeluarkan tangan mangsa dan berjaya sebelum bayi bersama ibu bapanya dibawa ke Hospital Pakar KPJ Perdana di sini untuk rawatan.

Difahamkan ketika kejadian itu, ibu mangsa yang berusia 30-an sedang memilih bingkai cermin mata di sebuah kedai bersebelahan eskalator tersebut manakala mangsa pula di bawah pengawasan bapanya.

Bayi itu juga dikatakan tidak mengalami kecederaan serius dan dibenarkan pulang selepas pemeriksaan terperinci di hospital tersebut.

Rakaman kejadian itu turut tular di aplikasi WhatApps semalam yang memaparkan bayi tersebut menangis sekuat hati dengan sebelah tangannya tersepit pada eskalator terbabit.

Eskalator berkenaan ditutup kepada orang ramai selepas insiden yang berlaku semalam.
Artikel Berkaitan   BERSETUBUH SEBELUM MANDI WAJIB AKIBAT HAID