Kerajaan Beri Insentif RM8K Tanam Koko Kepada Sesiapa Yang Berminat Nak Tambah Pendapatan

TELUK INTAN: Kementerian Perusahaan Perlad4ngan dan Komoditi menggalakkan lebih ramai pekebun kecil menanam koko dan lada terutamanya secara kecil-kecilan kerana permintaan untuk komoditi itu semakin bertambah.


Menterinya, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata pendapatan golongan pekebun kecil dijangka akan bertambah jika mengusahakan tanaman itu, sekali gus menjamin sumber pendapatan.

Katanya, tanaman koko dan lada sebagai alternatif yang perlu dilakukan pekebun kecil selepas harga pasaran komoditi kelapa sawit dan tanaman pertanian lain berada dalam keadaan tidak stabil.

“Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), kementerian sudah memperuntukkan insentif RM8,000 sehektar bagi tempoh satu tahun dalam bentuk input pertanian, pemberian anak benih koko dan peralatan pertanian di bawah Progr4m Pembangunan Kluster Koko.

“Bagi Skim Tanaman Baharu Lada di bawah Projek Pembangunan Penanaman Lada pula, kita memperuntukan RM26,000 sehektar untuk dua tahun bagi yang berminat menanam lada,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Fiesta Koko dan Lada ‘Aroma Menyegarkan, Nikmat Mempersonakan’ di Dataran Menara Condong di sini, hari ini.

Siew Keong berkata, agensi kerajaan yang terb4bit sentiasa membuka peluang kepada semua pihak meningkatkan pendapatan sosioekonomi melalui pertanian, namun terpulang kepada mereka untuk merebutnya.

“Kebanyakan yang mahu menceburi bidang ini ataupun pekebun kecil sendiri tidak mengetahui cara memulakannya, malah ada yang sukar mendapatkan input dan kerajaan sedar akan perkara ini.

“Itu sebabnya kerajaan melalui agensi Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan Lembaga Lada Malaysia (MPB) terus komited mengadakan program promosi dan hebahan kepada kumpulan sasar membabitkan produk koko serta lada ke seluruh negara,” katanya.

Sumber: Berita Harian