Kita mungkin sudah biasa melihat penghadang jalan raya atau lebih dikenali sebagai ‘guardrail’ yang berfungsi pemisah antara kenderaan sama ada dari arah berlainan atau arah yang sama.
Namun tahukah anda, penghadang jalan ini juga boleh mendatangkan bahaya kerana ia boleh diibaratkan sebagai ‘pisau di jalanan’?

Banyak juga kes kemalangan yang pernah berlaku adalah berpunca daripada perlanggaran dengan penghadang jalan, seterusnya menembusi kenderaan sehingga mendatangkan maut.
Seorang pengguna Twitter, Faisal Rahim (@acaiijawe) baru-baru ini turut berkongsi kisah bahayanya penghadang jalan jenis ini khasnya kepada pengguna motorsikal.
Sebenarnya penghadang jalan (guardrail) ni SANGAT BAHAYA kepada penunggang motorsikal.
Bulan lepas kat Federal Highway, bapa bawa anak sekolah bergesel dgn kenderaan lain dan jatuh kat guardrail ni.
Anaknya meninggal dunia bila leher dia jatuh kat benda ni. Membuak darah. pic.twitter.com/wOBkn1mYUD
— Faisal Rahim (@acaiijawe) March 6, 2020
Menurut beliau, pernah berlaku kes penunggang motorsikal yang membawa anak lalu bergesel dengan kenderaan lain, menyebabkan terjatuh kepada penghadang jalan seperti ini. Anak tersebut juga dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mungkin kena kaji kaedah lain kot. Kalau buat kat satu side je mungkin lebih selamat.
Kalaulah terbabas ke tepi jalan atau masuk longkang/langgar pokok bunga itu lebih selamat dari kena guardrail ni.
Mudah-mudahan kita semua selamat dalam perjalanan, Ameen!
— Faisal Rahim (@acaiijawe) March 6, 2020
Menjengah ke ruangan komen, @emyrul_i telah berkongsi penghadang jalan yang digunakan di Korea, iaitu jenis roller yang berfungsi mengurangkan impak kemalangan seterusnya lebih selamat kepada pengguna jalan raya.
Korea guard rail pic.twitter.com/lWk21hgE1A
— Orang Kampong (@emyrul_i) March 6, 2020
Selain itu, ada juga cadangan lain yang boleh menyelamatkan nyawa pengguna jalanraya yang dicadangkan oleh warganet.
Material plastic seperti cone jalanraya & gelongsor di taman mainan, install di bahagian bawah sebab bila accident rider selalu terperosok di bahagian bawah.
Mudah untuk replace juga selepas berlaku crash. pic.twitter.com/i096BeaN9R— Pelabur Bijak (@Pelabur_Bijak) March 6, 2020
Apa pendapat anda?
Sumber: Twitter