![20190112_204113.png](https://www.karteldakwah.com/wp-content/uploads/2020/02/20190112_204113.png-15-678x381.jpeg)
Seorang ibu terpaksa menerima hakikat bahawa anak dalam kandungan sudah tidak bernyawa menjelang tiga hari sebelum bersalin.
Sofea Shafie berkongsi kisah sedih itu di laman Facebook miliknya yang mengakui perlu sabar dan kuat menghadapi ujian tersebut selepas menunggu kehadiran cahaya mata ketiga itu selama lima tahun.
Menurut Sofea, segala persiapan dilakukan seperti menyambut kelahiran anak sulung malah setiap hari bayi tersebut aktif bergerak namun disahkan meninggal dunia.
![](https://www.karteldakwah.com/wp-content/uploads/2020/02/adadsdsd-409-225x300.jpg)
![](https://www.karteldakwah.com/wp-content/uploads/2020/02/adasdsa-143-169x300.jpg)
Mengimbau kembali peristiwa tersebut, dia mengambil keputusan untuk pergi ke klinik pada Jumaat lalu selepas menyedari bayi itu tidak bergerak sebelum disahkan jantung anaknya sudah terhenti.
Sofea juga berpesan untuk para ibu yang sedang hamil supaya tidak terlalu tertekan dan melakukan kerja berat kerana boleh memberi kesan buruk kepada kandungan.
![](https://www.karteldakwah.com/wp-content/uploads/2020/02/bvc-15-300x173.png)
Sumber : Sofea Shafie