Memang tak adil kalau pasangan rahsiakan seksualiti sebelum berkahwin lebih-lebih lagi kalau niat dorang memang sengaja nak menjadikan pasangan sebagai beard.
Seorang lelaki kongsikan di Twitter tentang kisah yang berlaku pada bekas teman wanitanya yang dapat tahu suaminya gay masa usia perkahwinan hampir mencecah dua tahun.
Menurut lelaki ini, dia bercinta dengan ex gf semasa di kolej, oleh kerana lelaki ini seorang bisexual, dia juga pernah menjalinkan hubungan dengan suami wanita ini.
Tambah lelaki ini, ini bukanlah pertama kali dia dengar cerita macam ni dari kawan-kawan perempuannya…
Kerana lelaki ini pernah menjalinkan hubungan dengan suami bekas teman wanitanya ini, dia ada menegur suami wanita ini tentang seksualitinya.
Tapi korang jangan risau, sebab lelaki ni kata, bekas teman wanitanya itu okay dan tengah deal dengan penceraiannya dengan cara yang profesional.
Lelaki ini juga turut nasihatkan orang lain untuk tak membuat hubungan homoseksualiti kalau dah kahwin.
Hm, kalau tahu susah nak berubah tu, tak yah lah kahwin, nyusahkan orang lain je.
Sumber : Lobakmerah