Lakukan Ini Sebelum Tidur Agar Dilapangkan Hidup. Ustaz ini Berkongsi Amalan Mudah, Tetapi Ganjarannya, “Masya Allah”..

Sahabat yang dirahmati Allah, sebelum tidur memaafkan orang lain adalah amalan yang sangat mulia. Tidak semua orang mampu melakukannya. Setiap harinya pasti kita akan bersinggungan dengan orang lain dan terkadang tanpa disadari atau tidak ada ucapan atau tindakan orang lain yang menyakiti perasaan kita.


Meski bukan hal yang mudah untuk memaafkan orang lain, namun jika rasa tersebut dibiarkan, maka hati akan dipenuhi dengan dendam dan kebencian. Amalan memaafkan orang sebelum tidur pernah diriwayatkan dalam sirah nabi tentang seorang badwi yang dijanjikan syurga setelah melakukan amalan memaafkan semua orang sebelum tidur.

Dalam sebuah riwayat disebutkan bahwa suatu hari Nabi Muhammad SAW ketika di masjid, mengatakan kepada para sahabat bahawa akan datang di pintu ini seorang ahli syurga. Maka para sahabat pun menunggu di pintu itu dan ternyata yang lewat adalah sesorang badwi.

Keesokan harinya, Nabi mengatakan bahawa di pintu ini akan datang seorang ahli syurga. Lantas para sahabat menunggu dan ternyata , orang badwi itu lagi yang telah lewat. Dan sampai hari ke-3 Nabi masih mengatakan hal yang sama lagi , maka lantas para sahabat pun hairan apakah amalan dari orang ahli syurga itu.

Lantas salah seorang dari sahabat membuntuti orang badwi ahli surga itu dan apabila sampai di rumahnya sahabat tersebut mengatakan, “Bolehkah aku tinggal di rumahmu selama 3 hari? Lantas badwi tersebut membenarkan sahabat Nabi untuk tinggal di rumahnya. Hari demi hari terus berjalan.

Sahabat Nabi makin hairan apakah amalan orang badwi ini kerana dia sedikit pun tidak nampak si badwi ini bangun untuk solat malam atau melakukan ibadah-ibadah sunat yang lain. Maka sahabat Nabi pun mengutarakan pertanyaan kepada orang badwi tersebut .”ya fulan, apa amalan seharianmu sehingga kamu dikatakan oleh Nabi bahawa kamu adalah ahli syurga?

Lantas jawabnya, “Sebenarnya setiap malam sebelum aku tidur, aku selalu mendoakan orangorang dan memaafkan semua kesalahan (mereka) dan mengikhlaskan semua, lalu aku berdoa untuk mereka.”

Moga bermanfaat untuk kita. Wallahualam.

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – IslamItuindah