Lelaki Ini Terkejut Kerana Dompetnya Yang Hilang 14 Tahun Lalu Dijumpai

Siapa sangka barang yang telah hilang kira-kira 14 tahun lalu, akhirnya berjaya ditemui semula?

Itu yang berlaku kepada seorang lelaki di India apabila dia bertemu semula dengan walletnya selepas 14 tahun.

Berdasarkan portal Mumbai Mirror, lelaki yang dikenali sebagai Hemant Padalkar telah dicuri dompet miliknya ketika dia berusia 28 tahun. Ketika itu, terdapat wang berjumlah Rs 900 di dalam dompetnya.

Menariknya, selepas 14 tahun, beliau telah dihubungi oleh The Government Railway Police bagi mengambil semula dompetnya yang hilang itu dengan sejumlah wang yang sama di dalamnya.

Bagaimanapun, disebabkan dah terlalu lama, not wang tersebut telah pudar dan tidak dapat digunakan lagi.

kredit zayan

Artikel Berkaitan   'Kau Tahu Dia Suami Orang, Kenapa Masih Nak Menggatal?!' Janda Anak ENAM Goda Suami Orang