Lelaki Sanggup Korek Kubur Keluarga Sendiri Untuk Menjual Tulang Gara-Gara Mahu Beli Motor, Sebaik Semuanya Berjaya Ini Yang Berlaku

Seorang lelaki dari Mozambique, Afrika telah ditahan atas tuduhan menggali semula kubur ibu dan bapanya demi menjual tulang mereka demi membeli sebuah motosikal.


Menurut Daily Mail, lelaki terbabit telah menggali kubur kedua ibu dan bapanya selepas berjanji dengan seorang ahli perniagaan untuk membeli tulang mereka berdua pada harga $300 (bersamaan RM1,246) secara tunai.

“Lelaki terbabit (ahli perniagaan) meminta untuk mencari tulang mereka yang sudah mati. Sebagai ganjaran, mereka akan diberikan motosikal.

“Saya segera ke perkuburan keluarga, menggali lubang kubur ayah, ibu dan pakcik saya bagi mendapatkan tulang mereka”, kata tertuduh.

Tertuduh yang telah membuat perjanjian bersama ahli perniagaan itu bagaimana pun merasa tertipu selepas ahli perniagaan itu tidak muncul ketika beliau ingin menyerahkan tulang-tulang terbabit.