Mendapat 25 Juta Tontonan, Doktor Terkejut Dan Kecewa Melihat Paru-Paru Penderma Merokok 30 Tahun Tidak Dapat Digunakan

Satu rakaman video tular memaparkan paru-paru milik seorang perokok tegar cukup menggerunkan apabila ia berwarna hitam pekat akibat pengumpulan sisa tembakau selama 30 tahun.


Memetik laporan Daily Mail, paru-paru itu dimiliki lelaki berusia 52 tahun di Iangsu China.

Video durasi 20 saat itu telah ditonton lebih 25 juta warganet.

Difahamkan, pasukan perubatan diketuai oleh pakar bedah transplan paru-paru di Hospital Rakyat Wuxi, Dr Chen Jingyu mengeluarkan organ milik si mati yang berhajat untuk mendermakan organnya.

Namun mereka terkejut apabila melihat paru-paru milik pesakit yang meninggal dunia akibat mati otak berwarna hitam pekat berbeza dengan paru-paru manusia sihat iaitu berwarna merah jambu.

Pasukan perubatan juga kecewa kerana organ itu tidak dapat didermakan kepada pesakit dalam senarai menunggu.