“Masjidil Haram Bukan Dah Kosong Tak Ada Orang Langsung, Jangan Sebar Berita Palsu!”

Terdapat banyak maklumat yang tidak tepat yang dikongsi mengatakan Umrah tidak dibenarkan. Maklumat ini kebanyakannya dikongsi di media-media sosial.

Ketika ini hanya kawasan Mataf Kaabah dikosongkan kerana sedang dalam proses pembersihan yang dijalankan.

Menurut IlmFeed, kemasukan ke kawasan Mataf hanya tidak dibenarkan buat sementara waktu ketika proses pembersihan secara menyeluruh sedang dijalankan.

Kawasan masjid Al Haram lainnya masih dibuka dan tawaf juga masih berlangsung seperti biasa pada tingkat-tingkat lain. Malah, solat juga masih berjalan seperti biasa.

Buat masa ini, tidak ada sebarang kes penularan dilaporkan di Makkah.

Artikel Berkaitan   Gara-Gara Tersalah Dail, Polis Datang Ke Rumah Dan Menemui Benda Yang Tidak Disangka-Sangka