Tampar Warga Emas Suruh, Kasar Layanan Terhadap Orang Tua, Chef Wan Berang Terhadap Video Tular

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Sebuah video menunjukkan seorang lelaki bertindak kasar terhadap warga emas dipercayai berlaku di pusat jagaan orang tua tular di media sosial.

Video turut dimuat naik personaliti Chef Wan atau nama sebenar Datuk Redzuawan Ismail di media sosial sambil mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

Jelasnya, layanan kasar terhadap warga emas adalah suatu yang tidak boleh diterima memandangkan golongan itu memerlukan perhatian serta kasih sayang sewajarnya.

“Kasihan sungguh nasib orang tua di layan di rumah tersebut. Lihat ketakutan dialaminya. Sesiapa yang memberi layanan kasar sebegini adalah suatu yang tidak boleh diterima.

“Bayangkan jika perbuatan sama dilakukan kepada ibu atau kakak kita,” katanya pada kapsyen dimuat naik di Instagram, hari ini.

Menerusi video dikongsikan Chef Wan, kelihatan seorang lelaki bertindak kasar terhadap wanita warga emas dengan memukul lengan dan kepalanya.

Warga emas berkenaan kemudian dilihat berada dalam keadaan ketakutan sambil cuba menutup bahagian muka agar tidak terus dikasari.

Sementara itu, rata-rata warga maya turut mengutuk tindakan individu mengasari warga emas berkenaan selain berharap satu siasatan dijalankan pihak berkuasa berhubung kejadian itu.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Kebanyakan Siksa Kubur Itu Disebabkan oleh Air Kencing… Ramai Tak Tahu.. Astagfirullah.