Bila nampak je buah mangga yang dijual besar-besar dan kekuningan warnanya, memang buat kita geram nak membelinya. Tapi bila dah beli, ada yang tak sempat nak menghabiskannya.
Jom kita cuba buat hidangan pencuci mulut pula. Contohnya macam resipi puding mangga yang dikongsikan oleh Muhammad Ali ini.
Kecur air liur dan nampak sedap pula perkongsiaan beliau ini. Caranya juga mudah untuk diikuti.
Selain hidangan bersama keluarga, boleh juga dijadikan sebagai juadah untuk tetamu yang datang bertandang.
Resipi Puding Mangga
Jenis loyang: Loyang petak 8 inci
Bahan-bahan lapisan pertama (putih):
- 4-5 biji mangga – dipotong dadu
- 8gm agar-agar tali
- 3 cawan air
- 50gm gula
- 130gm susu segar
- 30gm dairy whipping cream
Bahan-bahan lapisan kedua (kuning):
- 300gm puree campurkan dengan 2 sudu sunquick mangga (kisar mangga, tapi sebelum kisar masukkan 2 sudu sunquick mangga. Kisar halus. pakai lebih kurang dalam 3-4 biji mangga. Dah kisar sila tapis).
- 8gm agar-agar tali
- 2 cawan air
- 30gm gula
- 130gm susu cair
- 30gm dairy whipping cream
- 3 sudu makan sunquick
Cara-cara membuatnya:
1. Lapisan pertama (putih): Letak dan susunkan mangga yang telah dipotong dadu ke dalam loyang. Letak dahulu ke dalam peti sejuk sementara buat proses seterusnya.
2. Letak atas api sederhana 8gm agar-agar tali + 3 cawan air.
3. Biarkan mendidik dan agar-agar tali tadi terurai. Masukkan 50gm gula. Dah larut, baru masukkan 130gm susu segar + 30gm dairy whipping cream.
4. Biarkan mendidih dalam 2-3 minit. Kacau jap kemudian tutup api.
5. Biarkan dalam 3-4 minit baru tuangkan perlahan-lahan ke atas mangga yang diletakkan dalam loyang tadi. Setkan dalam peti.
6. Lapisan kedua (kuning): Guna dalam 3-4 biji mangga. Api sederhana, masukkan 8gm agar-agar tali + 3 cawan air.
7. Bila mendidih masukkan 30gm gula.
8. Bila gula dah larut, masukkan 130 gram susu cair + 30 gram dairy whipping cream + 300 gram puree mangga dan 3 sudu makan sunquick mangga.
9. Kacau sebati dan biarkan mendidih selama 2-3 minit. Tutup api. Bagi suam dulu dalam 3-4 minit baru tuang perlahan-lahan ke atas lapisan putih tadi.
10. Sebelum tuang, cucuk-cucuk dulu pakai garpu agar lapisan melekat dan tak terpisah.
11. Setkan dalam 1-3 jam dan dah boleh makan sejuk-sejuk. InsyaAllah sedap.
Selamat mencuba