Hilangkan Kebosanan Dengan Hasilkan Ais Krim Malaysia Ala Magnum

Jika anda sedang kebosanan melayan perasaan di rumah dan sudah buntu tidak tahu lagi apa yang boleh dilakukan, apa kata luangkan masa untuk membuat ais krim vanilla coklat ala-ala magnum. Ya Allah terliurnya!


Apatah lagi bulan yang penuh dengan cuti, ais krim yang level kayangan ini sebenarnya boleh sahaja dibuat sendiri di rumah. Sambil meluangkan masa dengan keluarga bolehlah layan ais krim Malaysia buatan sendiri. Jom ikut resepi hijabi ini!

Hilangkan Kebosanan Dengan Hasilkan Ais Krim Malaysia Ala Magnum. Ini Resepinya!

Terjebakk sudah😂😂😂 xdan nak p kedai bakery.. pulun yang mana ada di kedai runcit.. Kita bantai coklat Cadbury buat topping campur dark coklat lebih-lebih raya ritu🤣🤣 sungguh aiskrim makan modai namanye ni😝😝vanilla aiskrim ambik jer resepi kt EN Google..

Resepi aiskrim vanilla coklat

  • 3/4 susu pekat.. Klu tak nak manis kurangkan..
  • 2 kotak kecil susu full cream
  • 1 sudu besar ovellate (pastikan yg halal)
  • 2 sudu kecil perisa vanilla

Hilangkan Kebosanan Dengan Hasilkan Ais Krim Malaysia Ala Magnum. Ini Resepinya!

Mixed Bahan-bahan diatas sampai gebas gebus agak-agak 20 minit.. Pastu tuangkan dalam jug.. Senang sikit nak bubuh dalam plastik aiskrim nanti..

ARTIKEL BERKAITAN: Goreng Telur Ala Masterchef, Hanya Perlu 3 Langkah Mudah. Pasti Menjadi!

Topping coklat

Hilangkan Kebosanan Dengan Hasilkan Ais Krim Malaysia Ala Magnum. Ini Resepinya!

  • 200g chocolate milk.. Sis pakai cudbury coklat sebab xdan nak p bakery…
  • 100g dark chocolate brand beryl’s

Buat teknik Double boil ye.. Jangan sampai setitik air pon terkena coklat takut nanti coklat mengeras…
Dah suam-suam masukkn dalam piping bag dan picit masukkan dalam plastik aiskrim.. Pastikan jgn terlebih @, terkurang.. Masa kita ratakan coklat dalam plastik aiskrim boleh agak-agak ketebalan coklat tu.. Selepas itu tuang je vanilla aiskrim yang dah siap mixed tu dalam plastik aiskrim.. Jangan risau cokat tu tidak akan bercampur dengan vanilla aiskrim.. Dah masukkan hentak-hentak sedikit bagi mampat.. Kalau tak ketuk nanti ada ruang kosong dalam tu..

Selamat mencuba.. Sy halal resepi ni..