Tiada kuasa kita untuk menyangkal satu hakikat, iaitu hidayah itu milik Allah. Sesiapa sahaja hamba Allah di dunia ini berhak mendapat pentunjuk dengan izin-Nya.
Begitu juga dengan kisah seorang banduan akhir, dikala sedang menunggu detik hukuman gantung dijalanan, di saat itulah Hidaya Allah tiba kepadanya.
Perkara tersebut dikongsikan oleh pendakwa Ebit Lew yang menjadi saksi dan membantu banduan tersebut mengucapkan dua kalimah syahada.
Menerusi entri di IG, pendakwah tersebut telah membuat lawatan di penjara dan ditakdirkan bertemu dengan banduan akhir dari Nigeria.
Setelah berbual mengenai Islam, banduan itu terbuka buka pintu hati untuk menerima Islam sebagai agama terakhirnya sebelum dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.