Minta Dihindari Dari Penyakit Wabak Yang Mudah Merebak, Islam Anjur Amalkan Doa Ini!

Sejak penularan wabak COVID-19 yang sangat berbahaya, ada pelbagai langkah berjaga-jaga yang tular di media sosial.

Antara langkah penting yang perlu diamalkan oleh setiap orang pada waktu ini adalah mengelakkan kontak rapat sesama manusia dan sentiasa memakai cecair pembasmi kuman. Selain itu, sentiasa memakai topeng muka dengan cara pemakaian yang betul.

Antara doa yang boleh diamalkan oleh setiap Muslim untuk mengelak dan mencegah diri daripada penyakit serta wabak berjangkit ialah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Maksud: “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.”

Hadis Riwayat Abu Daud (1554)

Untuk perkembangan lebih lanjut tentang wabak COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: tzkrh.com

Artikel Berkaitan   Inilah Golongan Yang Dihalang Dari Minum Air Telaga Nabi Saw – Al Kautsar. Sedih.