Minum dah nak habis, pemuda terkejut jumpa lipas dalam ‘bubble tea’ jenama terkenal

Sejak kebelakangan ini, minuman bubble tea kerap menjadi bualan dan sudah tentu ia menjadi pilihan orang ramai terutamanya anak muda. Lebih-lebih lagi terdapat pelbagai jenama minuman yang menyediakan bubble tea tersebut.


Namun begitu, dalam kegairahan mendapatkan minuman viral itu, kebersihan kedai menjual minuman hendaklah menjadi keutamaan. Semalam, seorang pengguna laman sosial telah memaklumkan telah menjumpai serangga di dalam minuman yang dibeli.

Bubble tea pakej sekali lipas
Perkongsian tersebut telah dibuat oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Alif apabila minumannya terdapat lipas yang telah mati. Lebih mengharukan, dia sudah pun minum minuman tersebut hampir habis.


Siap tergigit separuh lagi


Perkongsian yang dibuat benar-benar mengejutkan kerana jenama minuman itu sememangnya terkenal. Diharap semua premis makanan ataupun minuman supaya lebih berhati-hati dan menjaga kebersihan agar tidak mendapat maklum balas negatif daripada pelanggan.