Pengemis berhati besar, sanggup tahan lapar nak beli makanan untuk kucing jalanan

Kasih sayang yang tercipta di antara manusia dan haiwan peliharaan adalah sesuatu yang indah, kerana ikatan yang terbentuk di antara mereka lahir daripada hati yang penuh ihsan.


Begitu juga dengan seorang pengemis di Thailand ini, kasihnya terhadap kesemua kucing-kucingnya telah menarik perhatian netizen di media sosial.

Kisah pengemis tersebut menjadi tular apabila seorang wanita, bernama Warunya Wattanasupachoke telah membuat satu perkongsian mengenainya di Facebook.

Mahu bagi kucing jalanan makan
Menurutnya, ketika dia di dalam perjalanan ke stesyen keretapi, secara kebetulan dia terserempak dengan pengemis itu yang sedang menjual limau di jambatan.

Selepas dia membaca papan tanda yang dibawa pengemis itu yang menggelarkan diri sebagai Loong, rupanya tujuan dia berjual di situ adalah untuk membeli makanan buat kucing jalanan.

Dia seorang periang dan sopan
Kagum dengan kemuliaan hatinya, lantas wanita tersebut telah membeli limau yang dijual Loong itu. Baginya, lelaki itu adalah seorang yang periang dan sangat beradap.

“Kita tidak sepatutnya mengadili seseorang berdasarkan rupa, ambil Loong sebagai contoh. Walaupun tidak berumah dan kelihatan kasar, tetapi dia mempunyai hati yang besar…”

Walaupun nasibnya tidak sebaik seperti insan lain, diharapkan berkat ketulusan hati dapat membuka ruang untuknya menjalani hidup yang lebih baik.