Minum Halia Dapat Legakan Senggugut – 5 Kelebihan Minum Air Halia

1. Halia dapat melegakan mabuk. Kebiasaannya hanya orang yang mengandung akan mengalami mabuk. loya dan pening kepala. Halia melegakan simptom ini dengan efisyen pada kadar tertentu.

2. Halia dipercayai dapat meredakan radangdan sakit-sakit otot. Radang otot ni boleh diatasi dengan halia kerana kandungan di dalam halia bersifat anti radang.

3. Selain itu, Osteoarthritis antara masalah kesihatan biasa yang disebabkan oleh kemerosotan sendi. Kesannya sakit bila berjalan dan rasa kebas. Dengan mengamalkan minum air minuman halia dapat melegakan sakit sendi tulang.

4. Sakit perut berulang-ulang dan rasa tak selesa di bahagian atas perut memang menimbulkan ketidakselesaan. Tahukah anda? Halia merupakan ejen pengeluar angin yang paling efisyen sekali. Minum atau makan halia kita dapat membuang angin dengan baik sekali.

5. Senggugutatau kekejangan perut yang dialami kebanyakan wanita ketika datang bulan memang menyakitkan. Amalkan minum air halia dua kali sehari bagi murangkan sakit senggugut dengan halia. Kandungan antioksida dalam halia boleh lambatkan penuaan.

Semoga bermanfaat!

Artikel Berkaitan   Permintaan Meningkat Terhadap 'Makanan Exotic' Sebabkan Harga Melonjak Tinggi