Mira Filzah Akui Sudah Berpunya, Ada Persetujuan Keluarga

Umum mengetahui sebelum ini Mira Filzah mengakui sedang mengenali hati budi seseorang. Bagaimanapun segala teka-teki status pelakon cantik itu terjawab apabila dia mengesahkan hatinya sudah pun dimiliki.

Perkara itu didedahkan oleh Mira ketika siaran langsung di Facebook bersama Ustazah Asma’ Harun semalam. Menerusi program bual bicara santai itu, mendedahkan bahawa dia dan keluarga sebelah lelaki sudah pun bertemu antara satu sama lain.

“Iya… Dah berpunya! Bertunang? Kiranya tapi sudah berjumpa dan berbincang sesama keluarga,” jawab Mira.

Mendengar kenyataan dari Mira Filzah itu, Ustazah Asma’ menjelaskan dalam agama Islam persetujuan antara kedua belah keluarga merupakan tanda ikatan pertunangan.

“Dalam Islam, kalau dah ada persetujuan itu kira dah bertunanglah tu. Dah ada ikatan perjanjian persetujuan dengan keluarga cuma mungkin dari sudut adat belum lagi.

“Insya-Allah kita doakan Allah mempermudahkan tahun 2020 ni juga Mira akan bergelar isteri mendirikan rumah tangga.. Kita sama-sama doakan,” kata Ustazah.

Terdahulu, timbul spekulasi Mira Filzah itu sedang hangat bercinta dengan jejaka dikenali sebagai Wan Emir Astar. Kemudian timbul desas-desus mengatakan Mira sudah dirisik dan bakal bertunang pada September dan dikhabarkan akan disatukan sebagai suami dan isteri sekitar bulan Oktober ini.

Sumber : rotikaya

Artikel Berkaitan   “Orang T20 mana ada hati perut” – Penat Beli Barang, Perjalanan Sampai 29KM Tapi Datin Bagi Upah ‘Runner’ RM5 Je!