Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung kami . Pernah tak anda mengalami batuk yang berderetan dan mengambil masa yang lama untuk dihilangkan ?
Walaupun pelbagai petua hilangkan batuk anda cuba , tetapi masih tidak lagi berkesan ?Dari Puan Fres Fai , dia memberikan satu petua menghilangkan batuk menggunakan bahan semulajadi dan lebih sihat iaitu dengn lemon , halia dan juga madu. Dan batuk yang dialaminya hilang setelah mengamalkan petua ini .
Jom kita tengok macam mana bahan – bahan yang digunakan dalam petua hilangkan batuk kali ini. Anda boleh cuba sendiri dirumah untuk kegunaan seisi keluarga . Cuma pastikan pesakit tiada alahan dengan ketiga-tiga bahan di atas ya.
Bahan-bahan yang digunakan ialah:
1 biji buah lemon . Boleh gunakan dari pelbagai jenis lemon .
1 ketul halia sederhana tua
1 botol madu . Boleh guna keluaran tempatan dan asli ya.
.
Cara untuk menghasilkan petua hilangkan batuk ini pula:
Pertama , hiris nipis lemon dan juga halia . Hirisan yang nipis akan memudahkan penyerapan madu dan pengeluaran khasiat kedua -dua bahan ini.
.
Kedua , apabila menggunakan madu , seelok-eloknya gunakan balang kaca ya . Lapiskan hirisan lemon bersama halia dan selepas itu masukkan madu sehingga penuh satu lapisan . Tambah lapisan baru dengan hirisan lemon dan halia lagi serta tuang madu sehingga lapisan kedua tenggelam. Ulang langkah sama sehingga botol kaca anda penuh .
.
Ketiga , simpan di dalam peti sejuk di bahagian biasa dan campuran ini tidak perlu dicampur dengan air . Tempoh elok campuran ini boleh bertahan sehingga 3/4 bulan .
Cara minum pula bagi penghidap batuk berkahak atau sebagainya , ambil 10ml atau 1 sudu untuk 2 kali sehari . Jadi pada waktu pagi dan petang ataupun petang dan malam. Seeloknya , sebelum minum , berselawatlah kepada Nabi kita dan juga memohon doa supaya cepat disembuhkan. Kita hanya berusaha , yang menyembuhkan adalah DIA .
.
Tips bagi menjaga khasiat campuran ini , apabila terlibat dengan madu , gunakan sudu besi sahaja dan jangan gunakan sudu plastik ya. Selamat mencuba petua hilangkan batuk ini ya.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba! jangan lupa share ya…