“Nenek Saya Normala Samsudin Okey” Gadis Ini Kongsi Wajah Normala Samsudin Bekas Pengacara Nona Yang Tidak Dimamah Usia

Kehebatan aura Puan Sri Normala Samsudin dalam bidang pengacaraan tidak perlu dinafikan lagi. Malah beliau cukup sinonim dengan berita TV3 sebelum menghiasi program Nona lebih sedekad lalu.

Terbaru, seorang gadis dikenali sebagai Najihah Shahrel berkongsi gambar swafoto bersama wanita berusia 56 tahun itu yang mengundang perhatian warganet di laman Twitter.

“Nenek saya Normala Samsudin okey. Dah selamat tinggal semua,” tulis gadis berusia 22 tahun itu ringkas.

Posting berkenaan meraih 2,900 perkongsian dan 14,600 tanda suka serta reaksi netizen yang rata-rata kagum dengan kejelitan dimiliki ikon penyiaran tersebut setelah melihat wajahnya yang tidak dimamah usia.

Tambah Najihah, dia berhasrat ingin bertanya mengenai produk penjagaan kulit yang digunakan Normala sehingga memiliki wajah yang kekal jelita dari dulu hingga kini.

Sumber : Twitter

Artikel Berkaitan   “Pitt It’s Hard Without You But Time Will Certainly Heals The Wound With That Big Scar.” Lama Mendiamkan Diri Akhirnya Fauziah Nawi Buka Mulut