AMALAN SELEPAS DATANG BULAN
Petang ni Amy nak share air rebusan bahan-bahan semulajadi untuk bersihkan rahim selepas datang bulan. Memandangkan Amy pon baru lepas habis bulan ni. Amy pon buat.
Lepas minum air ni lain machiam rasa badan ni. Hampa try sendiri baru taw camna. ?
Bahan-bahan yang sangat mudah :
Halia
Kunyit
2 helai daun pandan
2 batang serai
Madu Satu sudu ( boleh guna gula batu jugak)
Air tapis 3 cawan
Caranya :
Rebus semua bahan sampai jadi 1 cawan air. Bila nak minum baru tambah Satu sudu madu. Minum masa suam taw.
Katanya minum sebulan sekali jer.
Tambah sireh kalau ada keputihan.
Tambah manjakani untuk perapat.
Buat yang simple camni pon ok. Bau badan pon harum. Try la buat. Wangi satu dapur taw.?
#tipsbycikAmy
Kredit : cik amy wd