Petua Rambut Bersinar Dan Lurus Dengan 7 Bahan Semulajadi

Rambut yang lurus dan berkilat memang sentiasa menjadi idaman wanita tidak kira sama ada bertudung atau free hair. Walau bagaimanapun rambut yang terdedah dengan persekitaran yang panas, kering dan berhabuk boleh merosakan keadaan semulajadi rambut.


Bagi yang bertudung, rambut yang terlalu lama tertutup juga boleh menyebabkan keadaan kering dan kerosakkan pada kulit kepala kalau yang suka pakai tudung ketika rambut masih basah. Rambut lurus, berkilau dan lembut bak sutera memang jadi idaman semua wanita kerana ia mudah digayakan dan diurus. Sebab itu banyak iklan syampu di tv yang memberi fokus dalam mendapatkan rambut yang lurus.

TERLALU BANYAK BAHAN KIMIA BOLEH MEROSAKKAN RAMBUT

Selain syampu, ada yang memilih untuk ke salon yang menyediakan perkhidmatan meluruskan rambut. Namun, penggunaan bahan kimia yang kerap boleh menyebabkan banyak kesan sampingan seperti rambut gugur, alergi bahan kimia, rambut rosak dan bermacam-macam lagi. Tanpa kita sedari, sebenarnya bahan semula jadi yang ada di rumah, boleh digunapakai untuk mendapat rambut idaman.

PETUA RAMBUT LURUS DAN BERSINAR DENGAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Ini tips yang boleh anda cuba supaya rambut mudah diurus. Bahan-bahan itu adalah:

1. MINYAK KELAPA

Dengan mengguna minyak, lakukan rawatan minyak panas untuk mendapatkan rambut lurus dan sihat. Haba yang dihasilkan sewaktu rawatan minyak panas membantu mengawal rambut yang beralun agar tampil lurus. Boleh juga mengguna minyak zaitun, minyak almond atau minyak bijan.

Caranya:

Panaskan minyak dalam microwave selama 20 saat
Sapu minyak yang sudah suam ke rambut dan urut kepala selama 15 hingga 20 minit
Kemudian, sikat rambut agar minyak diserap dengan sekata
Bungkus rambut dengan tuala panas selama 30 hingga 40 minit
Selepas itu, syampu dan bilas.
Jangan keringkan rambut terus tetapi sikat rambut mengguna sikat bergigi jarang sementara masih basah
2. SANTAN KELAPA

Petua rambut lurus ini bukan sahaja meluruskan rambut tetapi melembap secara tak langsung rambut nampak berkilat. Bersifat antibakteria dan antikulat, santan kelapa juga membebaskan sebarang jangkitan di kulit kepala.

Caranya:

Dalam satu gelas besar, campurkan satu cawan santan kelapa segar dan jus dari sebiji lemon
Sejukkan dalam peti sejuk sehingga wujud lapisan krim di atasnya
Ambil krim itu dan sapu pada rambut dan kulit kepala. Biarkan 20 minit
Bungkus rambut dengan shower cap dan lilitkan tuala lembap sekeliling shower cap
Biarkan selama 30 minit kemudian syampu dan bilas
Sikat rambut sementara rambut masih basah
3. SUSU

Susu mengandungi pelembap semula jadi yang membantu meluruskan rambut. Tips ini juga sangat sesuai untuk memacu kesihatan rambut.

Caranya:

Campurkan setengah cawan susu bersama setengah cawan air
Masukkan dalam botol spray
Sikat rambut dan sembur campuran tadi ke rambut
Sikat sekali lagi dan biarkan selama 30 minit agar campuran itu meresap ke dalam kulit kepala
Kemudian syampu serta bilas
4. TELUR DAN MINYAK ZAITUN

Telur membantu menjadikan rambut kuat dan bersinar manakala minyak zaitun memberi kelembapan. Gabungan kedua-dua bahan ini membantu meluruskan rambut.

Caranya:

Pukul biji telur, kemudian masukkan empat susu minyak zaitun
Sapu pada rambut dan kulit kepala
Sikat rambut mengguna sikat bergigi jarang
Balut kepala dengan shower cap kira-kira 30 hingga 40 minit
Syampu dan bilas
5. ALOE VERA

Bahan aktif dalam aloe vera mengandungi enzim yang membantu pertumbuhan rambut, menjadikan rambut lembut serta melembap dan meluruskan rambut.

Caranya:

Campurkan setengah cawan gel aloe vera bersama minyak zaitun yang suam
Sapu pada rambut dan kulit kepala sambil urut perlahan-lahan
Bungkus kepala dengan shower cap dan biarkan selama dua jam
Syampu dan bilas
6. CUKA EPAL (APPLE CIDER)

Cuka epal adalah bahan terbaik untuk meluruskan rambut sambil mengembalikan keseimbangan pH rambut agar sihat dan bebas jangkitan.

Caranya:

Campurkan dua sudu cuka dalam secawan air
Syampu dan bilas rambut
Basahkan rambut mengguna campuran tadi dan biarkan sehingga rambut kering dengan sendiri
7. DAUN SADERI

Daun saderi membantu meluruskan rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

Caranya:

Potong seikat daun saderi dan masukkan dalam pengisar
Campurkan sedikit air dan kisar sehingga menjadi jus
Tapis dan masukkan jus ke dalam botol spray. Biarkan sehingga dua hari
Selepas dua hari, sembur jus ke rambut sehingga mengenai kulit kepala
Sikat dengan sikat bergigi jarang untuk meratakan jus pada rambut
Urut beberapa minit dan bungkus dengan shower cap
Biarkan selama 30 minit, syampu dan bilas
8. PISANG

Pisang yang sudah cukup masak kaya dengan galian yang menggalakkan rambut yang sihat.

Caranya:

Hancurkan 2 biji pisang yang sudah terlalu masak
Basahkan rambut anda
Sapu pisang lenyek tadi ke rambut dan bungkus kepala anda dengan tuala atau shower cap.
Biarkan selama 30 minit sebelum cuci
Video:

Sumber: Rahsiarumahtangga