BAHAN BAHAN
1. 1/2 kg Ikan selayang ..(nak guna ikan selar,ikan kembung,ikan sardin segar pun boleh ok..nak lagi pekat buh ikan lebih sikit )
2… 2 tangkai cili merah
3.. 5-10biji cili padi (kalau rasa pedas sgt jgn buh)
4.. Segenggam cili kering (Nak pedas buh lebih ) oh ya rebus dulu ya cili kering lpstu potong 3..
5.. 2 bijik bawang merah besar potong 4
6.. 2 Kuntum bunga kantan (belah dua)
7.. Secekak Daun kesum
8.. 2 keping Asam keping
9.. Sedikit belacan kalau nak ( tapi sy tak bubuh)
ULAM-ULAMAN
Timun
Salad
Telur rebus
Cili padi
Hirisan bawang merah
Nenas (Pun boleh)
CARA-CARA
1.. Blend bahan di atas yang bernombor 2,3,4,5.9 ..no 9 sy tak buh… Kisar sampai halus. Asingkan dalam bekas.
2.. Rebus Ikan..Rebus kosong saja ok.
3.. Bila ikan dah masak.Asingkan isi ikan sahaja..Air rebusan ikan td jangan dibuang..asingkan Tulang temulang..tulang jangan buang ok.
4.. Kisar Isi Ikan yg telah diasingkan..bubuh sedikit air rebusan ikan dalam mesin pengisar tu..Kisar manja2 sweet gitu.. jangan terlalu hancur..Buh dalam bekas.
5. Selepas itu kisar Tulang temulang yang telah di asingkan kisar sampai betoi2 hancur kisar bersama lebihan baki air rebusan ikan tadi k..Bila dah lumat hancur..TAPIS kan..buh dalam bekas..
CARA-CARA MEMBUAT KUAH
1 .panaskan minyak .Tumis bahan yang diblend halus tadi Bahan (No 2,3,4,5)..Kacau hingga agak2 nak garing or cili masak..Tapi jangan hangit lak hahaha
2.Masuk kan Bunga kantan,Daun kesum dan Asam keping..bahan no 6,7,8..
3..Masuk kan isi ikan yang di blend manja2 tadi..Kacau rata ok.
4.. Masuk kan air tapisan tulang temulang yg dikisar lumat dan di tapis tadi .
5..Masuk kan lebihan air rebusan Ikan tadi..kalau rasa terlalu pekat masuk kan air sedikit…Biar kan mendidih..
6.. Akhir sekali…Masuk kan Garam dan perasa..dan sesuaikan rasa mengikut citarasa ok.. Ok dah siap !!
.
.
Pemilik Resepi – Miya RusLee