Resepi Onde Onde Keledek Viral

  • 1 biji keledek (Dibuang kulit dan dipotong kecil)
  • 2 cawan tepung pulut
  • ½ – 1 cawan air
  • 2 ketul gula melaka (Dipotong dadu kecil)
  • 2 cawan kelapa parut muda
  • Sedikit garam
  1. Rebus keledek sehingga lembut dan lecekkan sehingga hancur.
  2. Ayakkan tepung pulut ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan keledek yang dilecekkan dan sedikit garam.
  4. Tambahkan air sedikit demi sedikit dan gaul rata menjadi doh yang lembut dan gebu.
  5. Ambil sedikit doh dan bentukkan seperti bebola kecil.
  6. Leperkan bagi meletakkan gula melaka di tengahnya. Bentukkan menjadi bebola kecil semula.
  7. Didihkan air dalam periuk dan masukkan doh bebola. Biarkan sehingga doh bebola timbul.
  8. Angkat menggunakan senduk berlubang dan golekkan di atas kelapa parut yang sudah digaulkan dengan garam.
  9. Sedia dihidangkan bersama minuman.

Resepi asal oleh : Chef Hanieliza

Artikel Berkaitan   Resepi Istimewa Kari Ikan Tilapia Panggang, Mesti Tak Puas Punya