Resepi Thai Milk Dessert Viral Dengan Rasa Lebih ‘Padu’ & Tak Mahal, Buat Di Rumah Je

Sejak kebelakangan ini menjadi viral dalam negara kita adalah Milk Tea dimana menjadi buruan orang ramai tidak kira waktu. Milk Tea yang berasal dari negara Taiwan dan juga Thailand ini menjadi kegilaan kerana rasanya yang berlemak manis dan sedap diminum tidak kira masa. Tetapi, setiap kali mahu membeli milk tea viral ini pastinya perlu beratur panjang! Jangan risau kerana anda sudah boleh buat sendiri milk tea dessert ini di rumah dan boleh minum puas-puas.


THAI MILK DESSERT VIRAL

Aroi mak mak… uuuuuih! Sekarang tengah viral Thai milk yang artis2 duk makan tu. So kekda try la buat, sbb hari tu husband beli nak rasa boleh tahan juga harga dia,tapi takde la mahal sangat. Tapi buat sendiri lagi berbaloi. Cara ni kekda buat simple-simple je ,so jangan kecam yek, ni versi kekda & hak cipta terpelihara  konon good-good jek kan. Memang lagi padu dan terasa lemak-lemak manis dia.

RESEPI THAI MILK VIRAL VERSI KEKDA

– 1 Tin susu cair carnation ( bagi kekda brand ni sangat sedap sebab padu dia punya rasa lemak-lemak)

– 2 sudu Susu pekat ( ni pakai je brand apa.. )

– 1 paket Kristal Jelly Brand Nona ( Perisa Raspberi) Bekukan & potong dadu/panjang ikut suka

– 1 sudu biji selasih.. rendam hingga kembang dan toskan

– 1 mangkuk ais

CARA-CARANYA

1.Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam mangkuk berisi ais.. susu pekat tu boleh adjust ikut kehendak masing-masing macam kekda letak ckit je.. sebab jelly tu dah memang manis.

2.Bagi kekda versi ni lagi sedap sbb bau wangi dari jelly raspberry tu + lemak-lemak susu cair tu.. Minum tengah hari panas-panas.. satu mangkuk licin sorang.

*Selamat mencuba!

Sumber: E-da Norsyaidah