
Keledek Goreng Rangup memang sangat sedap dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Bagi anda yang tiba-tiba teringin nak makan Keledek Goreng seperti yang peniaga pisang goreng jual tu, boleh cuba resipi perkongsian saudari Aiza Shereen ni. Sama je lebih kurang doh untuk pisang goreng cuma ini versi ringkas dan tidak guna banyak bahan. Memang sedap katanya. Jom cuba!
CARA MASAK KELEDEK GORENG RANGUP YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- Ubi keledek – kupas kulit
- Tepung gandum
- Marjerin
- Garam
- Minyak masak
- Air suam
- Serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan keledek, kupas kulit dan potong keledek panjang-panjang.
2.Untuk bancuhan tepung, satukan tepung gandum, marjerin, garam, minyak masak, serbuk kunyit dan air suam.
3.Jika suka letak gula, boleh letak. Sukatannya agak-agak sahaja ikut sebanyak mana keledek yang anda guna.
4.Bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
5.Panaskan minyak dalam kuali dan biar betul-betul panas. Goreng keledek secara berperingkat.
6.Bila keledek sudah garing keemasan, angkat, toskan dan sedia untuk dihidang bersama Sambal Kicap.
Kredit resipi & foto: Aiza Shereen