Seorang Wanita menunjuk Cara Bancuh Foam Kopi Yang Sedap Berlemak

Korang jenis yang suka habiskan duit beli kopi di cafe? Jom belajar cara bancuh sendiri foam kopi yang tebal dan sedap berlemak di rumah. Memang setanding macam barista buat tau.


Dekat rumah nak buat style latte pun boleh, cappucino pun boleh. Tips nya juga ringkas dan mudah kerana hanya menggunakan tiga bahan sahaja.

Wanita yang bernama Safillah Alivi ini sudah mencubanya dan sudi berkongsi langkah demi langkah cara hendak membuatnya dan memang teksturnya tebal dan lemak berkrim Jom kita lihat.


CARA BANCUH FOAM KOPI LEMAK BERKRIM

cara bancuh foam kopi

Terima kasih pada yang pernah kongsikan coffee viral tu. Memang sedap amat. Saya suka minum versi panas (cappucino). Smooth tekstur kopi ini seakan dibuat barista di kafe ternama. Saya buat esktra untuk simpan seminggu di dalam peti sejuk.

Bahan-bahan foam kopi:

Kopi instant – tak kisah brand apa
Gula perang
Air panas

Bahan-bahan cappucino:

Kopi instant
Susu segar
Air panas

Cara-caranya:

1. Masukkan 4 sudu serbuk kopi instant bersama 4 sudu gula perang dalam cawan.

2. Masukkan pula 4 sudu air panas.

3. Kacau atau sebatikan ia menggunakan mixer kopi. Kalau nak naikkan muscle tangan, boleh juga guna whisker. Kacau ia sehingga 5 minit, bergantung kepada kuantiti kopi dan gula.

4. Kacau sehingga ia gebu dan berbuih. Nanti tinggal ceduk sahaja foam itu.

5. Kemudian, untuk membuat secawan cappucino, panaskan susu segar. Kemudian, ambil sesudu serbuk kopi instant dan campur dengan air panas. Bancuh hingga sebati. Dan letakkan foam kopi tadi di atas cappucino. Siap!

cara bancuh foam kopi


Mudah dan ringkas! Lebihan foam kopi yang kita buat tadi boleh simpan di dalam peti sejuk dan tahan seminggu tau. Tinggal kacau balik je jika buihnya tak gebu balik.

Semoga perkongsian dari Safillah Alivi ini memberi manfaat kepada semua dan dapat menjimatkan kewangan korang yang kerap beli kopi di luar.

Selamat mencuba!