Resipi MUDAH Dan Sejuk Tekak Dibuatnya-Puding Roti Karamel Gediks

Cakap sahaja tentang puding roti karamel gediks, pasti kecur air liur dan perut juga pasti berbunyi kerana kelaparan.


Memang tidak boleh dinafikan yang pencuci mulut ini digemari ramai kerana rasanya yang begitu nikmat. Kombinasi kuah gula hangus dan puding roti yang lemak berkrim memang lazat!

Mungkin ada yang baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia masakan. Bagi anda yang masih tercari-cari menu mudah untuk dicuba, bolehlah masak resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nur Hazlina Othman ini.

Untuk permulaan, masak dulu resipi yang mudah-mudah. Bila sudah agak mahir sedikit, bolehlah masak resipi-resipi yang lebih mencabar.


RESIPI PUDING ROTI KARAMEL GEDIKS

Dessert Minum petang sejuk-sejuk hujan seharian. Puding roti caramel. Mama Ina buat resipi ini tadi.

puding roti karamel gediks

Bahan-bahan:

  • 5 keping roti gardenia
  • 3 biji telur
  • 3-4 sudu besar gula
  • 1 tin susu cair
  • 3/4 tin susu pekat
  • 3/4 cawan air suam
  • 1 sk esen vanila

Cara-cara membuat:

1. Masak gula sampai bertukar kaler perang.

2. Masukkan sedikit air, kacau sebati dan tutup api.

3. Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan.

4. Potong roti dan satukan bersama susu cair, susu pekat, telur dan esen vanila. Blend sampai sebati.

5. Tapis adunan tadi dan masukkan ke dalam loyang yang ada gula karamel tadi.

6. Panaskan periuk pengukus terlebih dahulu.

7. Kukus adunan selama 45 minit atau sehingga masak.

8. Angkat adunan dan sejukkan terlebih dahulu.

9. Terbalikkan adunan ke dlm pinggan n sejukkan dlm peti ais.

puding roti karamel gediks


Selamat mencuba resipi puding roti karamel yang mudah ini.

Sumber: Facebook Nur Hazlina Othman